Terma & Syarat

Apakah ini?

Perjanjian di bawah merupakan perjanjian di antara KEDAIONLINEZ dan semua pelanggan kami. Jika anda menggunakan mana-mana servis yang disediakan oleh atau berhubungkait dengan KEDAIONLINEZ, anda akan tertakluk di bawah perjanjian ini. Sila baca dengan teliti sebelum mendaftar dan pastikan anda memahami dan bersetuju dengan setiap isi kandungan perjanjian. Dengan menggunakan servis kami bermakna anda secara langsung tertakluk kepada perjanjian di dalam kontrak ini!

Soalan?

Sebarang soalan atau kekeliruan berhubung perjanjian ini boleh dihantar kepada sales department KEDAIONLINEZ sebelum mendaftar sebagai pengguna servis kami.

Perjanjian Servis

Perjanjian ini (“Perjanjian”) dirangka dan berkuat kuasa bermula daripada tarikh persetujuan, di antara anda ( “Klien”) dan KedaiOnlinez. Sebagaimana yang dirujuk di dalam perjanjian ini, “Laman” dirujuk kepada World Wide Web dan “Laman KedaiOnlinez” merujuk kepada laman yang berada di URL http://www.KedaiOnlinez.com atau apa-apa laman gentian yang dimiliki dan diuruskan oleh KEDAIONLINEZ. Manakala, KedaiOnlinez memiliki,mengedar dan menyediakan kepelbagaian produk dan servis bagi menjalankan perniagaan di internet termasuk: web hosting, pendaftaran domain, e-commerce solutions dan servis-servis yang ditawarkan oleh KedaiOnlinez(merujuk kepada “Servis”). Jika klien bersetuju untuk menggunakan sebahagian atau kesemua servis yang disediakan, maka kedua-dua belah pihak bersetuju untuk tertakluk di bawah perjanjian yang telah dipersetujui seperti berikut:

1. SERVIS KEDAIONLINEZ

KEDAIONLINEZ bersetuju untuk menyediakan servis-servis yang telah dipersetujui kedua-dua pihak tersebut kepada klien seperti yang diingini oleh klien melalui pangkalan data pelanggan yang terdapat di KEDAIONLINEZ seperti yang terpapar di laman KEDAIONLINEZ.

2. PEMBAYARAN, INVOIS DAN PEMULANGAN WANG

  • 2.1 Bergantung kepada prestasi servis yang diberi oleh KedaiOnlinez, klien perlu membuat pembayaran  mengikut jumlah yang telah ditetapkan dalam pangkalan data pelanggan KEDAIONLINEZ kerana rekod-rekod tersebut akan berubah dari masa ke semasa dalam tempoh perjanjian.
  • 2.2 Klien perlu menerima surat pengesahan melalui emel sejurus selepas mendaftar untuk menggunakan servis di mana di dalam surat tersebut mengandungi jumlah yang perlu dibayar oleh klien kepada KEDAIONLINEZ. Kemudian, klien akan menerima penyata bil bulanan untuk bulan seterusnya(jika pelanggan melanggan pakej bulanan). Penyata bil  tersebut perlu menyatakan secara jelas segala perubahan jumlah caj (Jika ada), di mana jumlah tersebut akan berkuat kuasa dalam tempoh masa 30 hari notis seperti yang ditetapkan dalam bahagian 2.4 dalam perjanjian ini.
  • 2.3 Klien akan bertanggungjawab atas segala aktiviti dan caj hasil daripada penggunaan servis oleh klien. Klien juga bersetuju untuk membayar semua caj, caj bandwidth, caj masa sambungan, bayaran tambahan dan caj-caj lain yang ditanggung klien seperti yang dinyatakan dalam penyata bil bulanan. Klien juga mengakui bahawa tiada sebarang pemulangan wang akan diberi oleh KEDAIONLINEZ jika akaun klien ditamatkan oleh KEDAIONLINEZ atau klien dipertengahan tempoh servis. Dalam kes pencerobohan sekuriti, klien akan kekal bertanggungjawab untuk setiap penggunaan servis tanpa kebenaran sehingga klien memaklumkan kepada KedaiOnlinez melalui emel yang mengandungi maklumat akaun klien kepada support@kedaonlinez.com.
  • 2.4 Caj semasa bagi setiap servis boleh didapati di laman web kami di www.KedaiOnlinez.com . KEDAIONLINEZ mempunyai hak sepenuhnya untuk mengubah caj, caj tambahan, yuran keahlian bulanan atau membuat penambahan caj baru bila-bila masa. Selain itu, KEDAIONLINEZ boleh menambah tawaran istimewa percubaan, dari masa ke semasa, yang akan dinyatakan dalam surat pengesahan yang dihantar kepada klien selepas mendaftar. Jika KEDAIONLINEZ tidak menerima jumlah caj keseluruhan yang dinyatakan di dalam akaun servis klien dalam tempoh masa 30 hari dari tarikh invois klien perlu bertanggungjawab untuk setiap caj guaman(jika per) dalam usaha KedaiOnlinez mendapatkan bayaran yang tertunggak daripada klien, dan KedaiOnlinez berhak untuk menamatkan akaun klien serta-merta tanpa sebarang notis, dan juga klient tidak akan dibenarkan untuk akses website tersebut sehinggalah bayaran diselesaikan. Selepas 60 hari jika kami masih tidak menerima bayaran daripada klien, web klien akan di DELETE daripada server KEDAIONLINEZ
  • 2.5 Untuk proses KEMASKINI/BANTUAN web, ianya PERCUMA dalam tempoh setahun selepas tempahan dibuat, tahun kedua caj RM70 akan dicaj kepada klien(pilihan). Tetapi jika klien tidak membuat bayaran tersebut, jika klien menghadapi sebarang masalah pada website, tiada bantuan diberikan kepada klien

2.5 Pemulangan Wang (Pakej Bulanan)

  • 2.5.1 Caj/harga yang dibayar untuk servis pendaftaran domain/pemindahan/pembaharuan servis dan kos template website tidak akan dipulangkan setelah dijual.
  • 2.5.2 Kesemua servis design seperti banner / header layak untuk mendapatkan jaminan pemulangan wang ketika proses design, bermakna jika klien masih tidak berpuas hati setelah 5 kali perubahan, klien berhak mendapatkan pemulangan kembali wang mereka selepas ditolak caj domain dan template (jika ada). Walau bagaimanapun, setelah design/layout telah ditetapkan/dipersetujui dan ia telah dipasang ke dalam laman web, tiada lagi jaminan pemulangan wang akan diberikan oleh KedaiOnlinez kepada klien.
  • 2.5.3 Pakej E-commerce (Asas, Ekonomi,Standard, Professional & Premium) tertakluk di bawah jaminan pemulangan wang dalam tempoh masa 30 hari. Tiada pemulangan wang untuk pakaj ini

2.6 Pemulangan Wang (Pakej One Time Payment)

  • 2.6.1 Caj/harga yang dibayar untuk servis pendaftaran domain/pemindahan/pembaharuan servis dan kos template website tidak akan dipulangkan setelah dijual.
  • 2.6.2 Kesemua servis design seperti banner / header layak untuk mendapatkan jaminan pemulangan wang ketika proses desain, bermakna jika klien masih tidak berpuas hati setelah 5 kali perubahan, klien berhak mendapatkan pemulangan kembali wang mereka selepas ditolak caj domain dan kos template (jika ada). Walau bagaimanapun, setelah desain/layout telah ditetapkan/dipersetujui dan ia telah dipasang ke dalam laman web, tiada lagi jaminan pemulangan wang akan diberikan oleh KedaiOnlinez kepada klien.
  • 2.6.3 Pakej E-commerce (Asas, Ekonomi,Standard, Professional & Premium) tertakluk di bawah jaminan pemulangan wang dalam tempoh masa 30 hari. Pemulangan wang hanya 50% daripada harga pakej yang ditempah. Selepas 30 hari TIADA JAMINAN PEMULANGAN WANG

2.7  Template Website (Pakej Bulanan & One Time Payment)

  • 2.7.1 Jika klient telah memilih template yang diberikan oleh KEDAIONLINEZ , dan KEDAIONLINEZ telah pun memasang template tersebut dalam laman web klient, jika klient ingin menukar kepada template yang lain, KEDAIONLINEZ  berhak membuat caj tambahan sebanyak RM250 kepada klient untuk template terbaru tersebut
  • 2.7.2 Jika klient melanggan pakej Asas dan klient ingin menaiktaraf kepada pakej lain, klient perlu membuat bayaran sebanyak RM250 untuk kos template (hanya untuk pakej Bulanan sahaja)

3. TANGGUNGJAWAB DAN HAK-HAK KEDAIONLINEZ

  • 3.1 Cara Prestasi. KEDAIONLINEZ hendaklah memberikan klien servis hosting KEDAIONLINEZ, seperti yang dinyatakan di laman web www.KEDAIONLINEZ.com. KEDAIONLINEZ mempunyai hak untuk mengawal dan mengarahkan cara dan metod servis host diberikan.
  • 3.2 Sokongan. KEDAIONLINEZ perlu menyediakan bantuan teknikal yang munasabah kepada klien melalui emel atau laman web bagi memenuhi terma perjanjian ini.
  • 3.3 Lain-lain kerja. KEDAIONLINEZ mempunyai hak untuk melakukan dan memberikan lesen produk kepada sesiapa sahaja dalam tempoh masa perjanjian ini. KEDAIONLINEZ boleh melantik mana-mana pihak untuk mengawasi servis host secara elektronik dan boleh mendedahkan sebarang isi kandungan atau rekod bagi memenuhi tuntutan undang-undang, peraturan, atau mana-mana arahan yang dikuatkuasakan kerajaan bagi memastikan servis host beroperasi secara sah dan melindungi hak-hak klien. KEDAIONLINEZ juga berhak untuk menamatkan atau memblok mana-mana laman web dihoskan oleh KEDAIONLINEZ di mana laman web tersebut mempunyai isi kandungan yang difikirkan mengikut budi bicara mutlaknya adalah tidak boleh diterima dan tidak wajar.

4. TANGGUNGJAWAB DAN HAK-HAK KLIEN.

  • 4.1 Klien. Klien mewakili dan menjanjikan bahawa (i) Klien merupakan seorang yang berumur sekurang-kurangnya (18) tahun, (ii) Klien mempunyai hak-hak yang sah dan kemampuan untuk menyertai perjanjian ini, dan (iii) prestasi kewajipan pelanggan dan penggunaan servis oleh klien, pelanggan dan pengguna klien, tidak bertentangan dengan mana-mana undang-undang atau peraturan yang boleh menyebabkan pelanggaran perjanjian dengan mana-mana pihak ketiga dan gangguan yang tidak munasabah terhadap pelanggan KEDAIONLINEZ yang menggunakan servis. Klien perlu mengambil kira semua tahap risiko yang akan terjadi hasil daripada pemprosesan transaksi dalam jual beli secara elektronik. Klien juga bersetuju untuk memberi maklumat yang tepat, lengkap dan terkini kepada KEDAIONLINEZ ketika proses pendaftaran servis host(Data Pendaftaran Klien), termasuk nama sah klien, alamat, nombor telefon dan maklumat yang akan digunakan bagi tujuan pembayaran(cth: nombor kredit kad dan tarikh luput). Klien juga bersetuju untuk memaklumkan kepada KEDAIONLINEZ dalam tempoh masa tiga puluh (30) hari jika terdapat sebarang perubahan pada data pendaftaran klien.
  • 4.2 Pelanggaran Jaminan. Dalam kes pelanggaran mana-mana jaminan yang sedang dalam tempoh sah, sebagai penambahan kepada penyelesaian sedia ada dalam undang-undang atau ekuiti, KEDAIONLINEZ mempunyai hak, melalui budi bicaranya, untuk menggantung atau menamatkan serta-merta servis yang sedang digunakan oleh pelanggan.
  • 4.3 Yuran dan Perbelanjaan. Klien perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pembayaran bagi setiap kos, yuran dan perbelanjaan yang dikenakan oleh pihak ketiga untuk setiap servis yang disediakan. Kos-kos tersebut termasuk, namun tidak terhad, caj diperlukan untuk mendaftar dan mengekalkan nama domain, di mana ia tertakluk di bawah perjanjian yang berasingan antara klien dan pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan pendaftaran nama domain.
  • 4.4 Perisian Pihak Ketiga. Perisian pihak ketiga yang digunakan dalam servis yang ditawarkan mungkin tertakluk di bawah lesen pengguna. Dengan menggunakan servis ini dan perisian yang dibekalkan oleh pihak ketiga, klien bersetuju untuk tertakluk di bawah terma dan perjanjian berkenaan penggunaan perisian pihak ketiga tersebut. Klien juga bersetuju untuk memberi sepenuh kuasa kepada KEDAIONLINEZ untuk melantik atau mengupah mana-mana pihak ketiga yang dirasakan wajar dan layak untuk memberikan servis sebagaimana yang diminta oleh klien. Selain itu, klien juga mengakui dan bersetuju bahawa segala terma dan syarat di dalam perjanjian ini, termasuklah mana-mana terma yang lain, syarat-syarat, penafian jaminan, dan penafian liabiliti yang terkandung di dalam perjanjian ini, juga dikenakan ke atas pembekal perkhidmatan pihak ketiga tersebut dan pihak ketiga tersebut disifatkan sebagai benefisiari pihak ketiga yang akan tertakluk di bawah terma dan syarat sebagaimana terkandung di dalam perjanjian ini.Klien juga bersetuju bahawa segala rujukan terhadap “KEDAIONLINEZ” adalah termasuk agen-agen atau pihak ketiga yang dilantik oleh KEDAIONLINEZ untuk membekalkan servis kepada klien.
  • 4.5 Pengiklanan, Permintaan dan Penggunaan Nama Klien. Klien tidak dibenarkan untuk menggunakan servis untuk menghantar sebarang bentuk pengiklanan, bahan promosi atau apa sahaja bentuk jemputan/permintaan kepada klien KEDAIONLINEZ atau pengguna internet yang lain melainkan klien menerima kebenaran daripada individu-individu tersebut. Klien tidak dibenarkan menggunakan servis untuk mengiklankan sebarang bentuk pengiklanan yang tidak diingini yang bertujuan untuk mempromosikan laman yang dihoskan dalam jaringan KEDAIONLINEZ. Klien tidak boleh menggunakan servis untuk mengumpul atau menjana nama pengguna KEDAIONLINEZ atau pengguna internet yang lain tanpa kebenaran daripada individu-individu tersebut. KEDAIONLINEZ mempunyai hak untuk menyekat atau menapis emel jemputan/permintaan yang dihantar daripada laman yang dihoskan dalam jaringan KEDAIONLINEZ.
  • 4.6 Pengurusan Laman. Klien perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap segala isi kandungan yang terdapat dalam laman mereka, dan akan sentiasa tertakluk di bawah terma perjanjian ini, KEDAIONLINEZ Terms of Services (TOS) dan apa sahaja garis panduan yang berkenaan dan tahap servis yang ditetapkan oleh KEDAIONLINEZ. Klien memberi jaminan bahawa laman mereka yang dihoskan di dalam jaringan KEDAIONLINEZ (i) bertepatan dengan KEDAIONLINEZ TOS yang disertakan bersama sebagai Exhibit A; (ii) tidak akan meniru atau memasukkan apa-apa kandungan yang melanggar hak cipta, paten U.S atau mana-mana hak pihak ketiga; dan (iii) tidak mengandungi kandungan yang melanggar atau bertentangan dengan undang-undang atau peraturan yang sedia ada. KEDAIONLINEZ tidak mempunyai kewajipan untuk mengawasi atau memantau setiap isi kandungan yang dipaparkan dalam setiap laman yang dihoskan dalam jaringan KEDAIONLINEZ. KEDAIOINLINEZ mempunyai hak untuk menyekat mana-mana laman yang melanggar mana-mana salah satu peraturan atau perjanjian di atas, atau mengikut budi bicara KEDAIONLINEZ, merasakan bahawa isi kandungan tersebut tidak bertepatan dengan undang-undang atau polisi KEDAIONLINEZ, yang boleh menyebabkan perjanjian ini ditamatkan serta merta sebagaimana yang terkandung di dalam bahagian 7.3 perjanjian.
  • 4.7 Pematuhan Terhadap Undang-Undang : Klien/ pelanggan bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan ini hanya untuk tujuan yang dibenarkan oleh undang-undang dan bertepatan dengan Perjanjian/ Persetujuan ini. Klien/ pelanggan akan sentiasa , pada bila-bila masa akan mematuhi undang-undang yang terpakai . peraturan dan terma-terma perkhidmatan seperti mana yang dikemaskini oleh KEDAIONLINEZ dari semasa ke semasa. Terma-terma perkhidmatan disertakan di sini dan dijadikan sebahagian dari rujukan ini. KEDAIONLINEZ mungkin akan mengubah terma-terma perkhidmatan , dengan notis ,yang mana notis tersebut akan tersedia sebagai “posting” untuk “terma-terma perkhidmatan” yang baru di laman KEDAIONLINEZ. Klien/pelanggan boleh meminta salinan terkini terma-terma perkhidmatan dengan menghantar atau memfakskan permintaan ke KEDAIONLINEZ. Klien/ pelanggan bersetuju telah menerima, membaca dan memahami versi terkini terma-terma perkhidmatan.
  • 4.8 Hakmilik terpelihara : Semua hasil kerja di sini, kecuali dinyatakan selainnya, adalah hak milik KEDAIONLINEZ , dan semua pemilikan serta kepentingan di dalam hasil kerja adalah kepunyaan KEDAIONLINEZ. Semua hak pemilikan dan kepentingan jatuh di bawah KEDAIONLINEZ tidak boleh terbatal ,sehingga hak yang dihadkan, yang pemilikannya tidak boleh diletakkan di bawah KEDAIONLINEZ oleh sebab perlaksanaan undang-undang. Semua bahan-bahan berkaitan adalah hak milik secara eksklusif di bawah KEDAIONLINEZ dan KEDAIONLINEZ mempunyai hak untuk mendapatkan dan mengekalkan namanya, hak milik, jenama , pendaftaran , dan apa-apa perlindungan lain yang sesuai dengan perkara berkaitan ; dan juga apa-apa penambahan dan pembaharuan kepada perkara-perkara tersebut. Klien/ pelanggan bersetuju untuk memberi bantuan kepada KEDAIONLINEZ atau mana-mana individu yang ditugaskan KEDAIONLINEZ dengan bantuan yang munasabah, di atas tanggungan KEDAIONLINEZ , seperti mana yang diperlukan untuk menyempurnakan hak-hak yang diperincikan di dalam perenggan ini.
  • 4.9 Hak-hak Pemasaran. Klien/pelanggan bersetuju yang KEDAIONLINEZ mungkin akan merujuk kepada Klien/pelanggan atau perniagaan Klien/pelanggan di dalam bahan-bahan pemasaran KEDAIONLINEZ , laman web KEDAIONLINEZ dan di dalam sebarang komunikasi antara KEDAIONLINEZ dengan klien/pelanggan sedia ada atau klien berpotensi. Klien/pelanggan memberikan keizinan terhad dan kebenaran untuk menggunakan sebarang nama perdagangan dan/atau jenama Klien/pelanggan untuk perkara, dan hanya untuk tujuan yang dinyatakan.

5. HAD LIABILITI , TIADA JAMINAN LAIN DAN PENOLAK TUNTUTAN.

  • 5.1 Had Jaminan. Di dalam sebarang kejadian /perkara yang mana jaminan terhad diperuntukkan oleh KEDAIONLINEZ , jaminan terhad tersebut dianggap terbatal dan tidak diperakui jika Klien/pelanggan gagal mematuhi terma-terma perkhidmatan KEDAIONLINEZ dan sebarang polisi berkaitan atau Klien/pelanggan melanggar atau memungkiri Perjanjian/Persetujuan ini dalam sebarang bentuk tindakan.
  • 5.2 Tiada Jaminan Lain . KEDAIONLINEZ tidak mengendalikan atau mempunyai kuasa kawalan di atas kandungan maklumat yang disebarkan melalui fasilitinya. Penggunaan Perkhidmatan atau sebarang maklumat yang diperoleh di situ adalah di atas risiko Klien/pelanggan sendiri. Perkhidmatan yang disediakan adalah berasaskan “seperti mana yang disebutkan” , dan penggunaan Perkhidmatan oleh Klien/pelanggan adalah di atas risiko sendiri. Melainkan diberitahu di dalam borang tempahan, KEDAIONLINEZ tidak membuat, dan dengan ini menafikan , sebarang atau semua jaminan yang dinyatakan sama ada secara tersirat atau/dan secara nyata , termasuklah , tetapi tidak terhad kepada , jaminan kebolehpasaran ,kesesuaian untuk tujuan berkaitan, untuk sebarang perkara bukan pelanggaran berkaitan juga untuk jenama berkaitan , dan juga sebarang jaminan yang timbul akibat urusan, penggunaan atau amalan perdaangan, KEDAIONLINEZ tidak mewakili atau memberi jaminan yang Perkhidmatan tidak akan diganggu, bebas dari kesilapan atau sepenuhnya selamat.
    5.3 Penafian atas Tindakan yang Disebabakan oleh atau/dan Di Bawah Kawalan Pihak Ketiga. KEDAIONLINEZ tidak dan tidak boleh mengawal aliran maklumat kepada atau daripada jaringan KEDAIONLINEZ dan bahagian lain dari Internet. Aliran maklumat berkaitan bergantung sebahagian besar kepada prestasi perkhidmatan Internet yang disediakan dan dikawalselia oleh pihak ketiga . Dalam sebarang waktu , tindakan atau tiada tindakan dari pihak ketiga boleh menjejaskan atau mengganggu sambungan internet Klien/pengguna (atau sebahagian darinya) . KEDAIONLINEZ tidak boleh memberi jaminan yang sebarang kejadian tidak akan berlaku. Oleh sebab itu, KEDAIONLINEZ menafikan sebarang atau semua liabiliti yang terhasil daripada atau berkaitan dengan kejadian tersebut.

6. PERLINDUNGAN

Klien/pengguna bersetuju untuk melindungi, mempertahankan dan memastikan KEDAIONLINEZ dan affiliate-affiliatenya , ejen-ejennya, pekerja-pekerjanya dan pelesen-pelesennya (termasuk pihak penyedia perkhidmatan yang juga pihak ketiga) selamat daripada sebarang atau semua tuntutan, kerugian, kos atau perbelanjaan, termasuk yuran guaman , yang dibuat oleh sebarang pihak yang timbul akibat daripada pelanggaran Klien/pengguna terhadap Perjanjian/Persetujuan ini, undang-undang sekuriti persekutuan atau negeri atau peraturan, atau sebarang hak individu lain termasuk tetapi tidak terhad kepada perlanggaran sebarang hak cipta atau pencabulan sebarang hak pemilikan dan hak privasi.

Dalam apa jua keadaan , termasuk tetapi tidak terhad kepada tindakan-tindakan yang cuai, KEDAIONLINEZ , affiliate-affiliatenya , ejen-ejennya, pekerja-pekerjanya dan pelesen-pelesennya (termasuk pihak penyedia perkhidmatan yang juga pihak ketiga) tidak akan menanggung atau dipertanggungjawabkan atas sebarang jenis kerosakan akibat daripada penggunaan , atau ketidakmampuan untuk menggunakan, Perkhidmatan, walaupun dalam keadaan yan mana pihak-pihak yang disebutkan tadi sudah diberitahu kemunkinan akan kerosakan yang diberitahu tadi.

Disebabkan sesetengah negeri menghalang pengehadan liabiliti atas kerosakan lanjutan atau kerosakan sampingan, dalam keadaan tersebut pengehadan liabiliti akan didasarkan kepada hanya kerosakan lanjutan dan kerosakan sampingan sahaja yang tidak akan tertanggung kepada Klien/pengguna , dan liabiliti berkaitan dari KEDAIONLINEZ dan penyedia perkhidmatannya yang merupakan pihak ketiga, pekerja-pekerjanya, pengedar-pengedarnya dan ejen-ejennya dihadkan kepada takat tertinggi yang dibenarkan di bawah undang-undang terpakai di dalam negeri tersebut.

Dalam kejadian yang mana mahkamah atau panel penimbangtaraan, seperti mana perkara berkenaan, sepatutnya berpegang bahawa pengehadan liabiliti atau remedi yang tersedia seperti mana dinyatakan dalam Persetujuan ini, atau sebahagian darinya tidak dapat dilaksanakan ,atau sebarang remedy dari Klien/pengguna di dalam Persetujuan ini gagal, maka Klien/pengguna menyatakan persetujuan, tidak akan, dalam apa-apa keadaan pun, ,jumlah liabiliti agregat KEDAIONLINEZ dan pihak penyedia perkhidmatan yang juga pihak ketiga, pekerja-pekerjanya, pengedar-pengedarnya, ejen-ejennya atau affiliate-affilatenya, kepada Klien/penggguna atau sebarang pihak yang menuntut melalui atau oleh Klien/penggguna untuk sebarang sebab atau seumpamanya melebihi US Dollar 100 , tanpa berdasarkan sebaran bentuk tindakan dan sama ada di dalam kontrak, undang-undang statut, penyalahgunaan atau selainnya.

7. PENAMATAN

  • 7.1 Tanpa Sebab. Persetujuan ini akan tertamat oleh mana-mana antara kedua-dua pihak pada bila-bila masa sepanjang mana-mana Tempoh Pembaharuan atas sebarang atau tiada sebab apabila mana-mana antara kedua-dua pihak member pihak yang lain notis bertulis penamatan dalam tempoh tidak kurang dari 5 hari sebelum Tempoh Pembaharuan. Tidak kira mana-mana pihak yang menamatkan Persetujuan yang menurut kepada Bahagian 7.1 ini, sebarang atau semua tanggungan pembayaran dari Klien/pengguna di bawah Persetujuan Perkhidmatan yang disediakan sehinggalah tarikh penamatan akan serta-merta menjadi tertunggak, dan Klien/pengguna dikehendaki untuk membayar dahulu sebarang bahagian Perkhidmatan yang belum dibayar dan perlu diberikan dalam tempoh 5 hari tersebut
  • 7.2 Dengan Sebab. Sebagai tambahan kepada sebarang hak lain yang mungkin tertakluk di bawah persetujuan iniatau undang-undang terpakai, KEDAIONLINEZ mungkin dengan serta-merta menamatkan Persetujuan ini atau menggantung Perkhidmatan, efektif tanpa notis, di dalam kejadian di mana (i) keingkaran dalam pembayaran ,atau (ii) perlanggaran atau kegagalan Klien/pelanggan untuk mematuhi terma-terma perkhidmatan atau sebarang polisi KEDAIONLINEZ. Klien/pengguna boleh menamatkan Persetujuan ini jika KEDAIONLINEZ melanggar sebarang perkara-perkara terma atau notis bertulis yang sama. Jika Persetujuan ini ditamatkan di bawah Bahagian 7.2 ini, semua baki pembayaran terkini pada waktu tersebut hendaklah serta-merta menjadi tunggakan dan hendaklah terbayar. Selain daripada yang telah disebutkan: KEDAIONLINEZ berhak menghalang sebarang tindakan atau membuang sebarang kandungan yang melanggar Terma Perkhidmatan atau mana-mana perkara yang KEDAIONLINEZ percaya di bawah budi bicaranya, bahawa perkara tersebut sebagai haram atau mungkin membahayakan mana-mana individu lain atau mendedahkan KEDAIONLINEZ kepada bahaya atau liabiliti.
  • 7.3 Tiada Liabiliti untuk Penamatan. Kedua-dua pihak tidak akan tertanggung ke atas pihak yang lain untuk apa-apa penamatan atau penghabisan tempoh apa-apa Perkhidmatan yang terkandung dalam Persetujuan ini mengikut terma-termanya.
  • 7.4 Survival. Peruntukan tersebut akan terus wujud sepanjang penamatan atau penghabisan tempoh Persetujuan: Bahagian 4,5,6,7,dan 8

8.UMUM

  • 8.1 Undang-undang. Persetujuan ini, dan semua aturan di masa hadapan di mana Klien/pelanggan mungkin akan terlibat dengan KEDAIONLINEZ, melainkan dinyatakan selainnya di dalam persetujuan yang lain akan diletakkan di bawah undang-undang Malaysia ,tanpa merujuk kepada sebarang pertikaian dengan prinsip-prinsip undang-undang tersebut. Ini adalah merujuk kepada sebarang keadan sama ada anda membuat transaksi bisnes dengan KEDAIONLINEZ di dalam Malaysia atau di tempat-tempat lain. Jika mana-mana bahagian Persetujuan ini tidak mematuhi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh digunapakai, bahagian tersebut dianggap rosak dan tidak akan mempengaruhi keesahan dan kebolehguna pakai apa-apa bahagian yang lain. Persetujuan ini dan polisi KEDAIONLINEZ adalah tertakluk kepada perubahan oleh KEDAIONLINEZ tanpa notis. Sambungan langganan Perkhidmatan setelah perubahan ke atas Persetujuan ini oleh KEDAIONLINEZ atau selepas polisi baru dilaksanakn dan di”post” ke laman KEDAIONLINEZ memerlukan persetujuan anda atas perubahan tersebut dan polisi tersebut. Kami menggalakkan anada untuk sentiasa menyemak laman KEDAIONLINEZ untuk mengetahui tentang sebarang perubahan atau penambahan.
  • 8.4 Pengubahsuaian. Tiada pengubahsuaian,pembetulan, pelengkapan kepada atau pengecualian dari Persetujuan ini atau sebarang perkara yang dipaparkan di bawah ini, atau sebarang bahagian darinya harus mengikat pihak-pihak yang terlibat melainkan dibuat dalam bentuk penulisan dan ditandatangani kedua-dua belah pihak.
    8.5 Pengecualian. Kegagalan mana-mana pihak untuk melaksanakan sebarang hak yang dinyatakan di sini hendakal tidak dianggap sebagai pengecualin kepada man-mana hak yang disebutkan di sini.
  • 8.6 Kebolehasingan. Dalam keadaan mana-mana satu atau lebih bahagian Persetujuan ini atau apa-apa penyataan tidak sah atau selainnya tidak boleh digunapakai, kebolehkuat kuasa bahagian yang lain tidak akan terjejas.
  • 8.7 Force Majeure. KEDAIONLINEZ dan affiliate-affiliatenya , ejen-ejennya, pekerja-pekerjanya dan pelesen-pelesennya (termasuk pihak penyedia perkhidmatan yang juga pihak ketiga) tidak akan menanggung ,dan tidak dianggap tertanggung dengan kegagalan untuk menjalankan sebarang tanggungjawab di bawah Persetujuan ini jika kegagalan tersebut disebabkan berlakunya perkara-perkara yan di luar jangkaan dan di luar kawalan pihak berkaitan, termasuk dan tanpa had, kebakaran, banjir, mogok dan sebarang gangguan kepada industri, gagal untuk menghantar, kemalangan, peperangan, rusuhan ,pemberontakan, bencana alam atau atas perintah agensi kerajaan. Pihak yang berkaitan hendaklah menyambung semula pada prestasi yang asal apabila hal-hal yang disebutkan telah berhenti. Walapun begitu, jika ketidakmampuan untuk menyambung semula melebihi 15 hari, pihak yang lain boleh menamatkan Persetujuan ini tanpa denda dan tanpa notis awal.
  • 8.9 Terma-Terma Perkhidmatan . Klien/pelanggan bersetuju untuk terikat dengan Terma-terma Perkhidmatan KEDAIONLINEZ untuk semua Perkhidmatan dan produk yang digunakan Klien/pelanggan. Terma-Terma Perkhidmatan boleh ditemukan di laman web KEDAIONLINEZ di www.KedaiOnlinez.com. Jika Klien/pelanggan tidak bersetuju dengan sebarang perubahan kepada Terma-Terma Perkhidmatan KEDAIONLINEZ, menjadi tanggungjawab Klien/pengguna untuk memberitahu kehendak Klien/pengguna untuk menghentikan Perkhidmatan serta-merta.
  • 8.10 Persetujuan Tersirat. SAMBUNGAN PENGGUNAAN PERKHIDMATAN DAN/ATAU PRODUK MENGANDUNGI PERSETUJUAN TERSIRAT DENGAN PERSETUJUAN INI DAN TERMA-TERMA PERKHIDMATAN KEDAIONLINEZ SECARA KESELURUHANNYA. DENGAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN TERSEBUT, KLIEN BERSETUJU UNTUK TERIKAT DENGAN SEMUA TERMA YANG TERIKAT DENGAN PERKHIDMATAN YANG DINYATAKAN,TERMASUK PERSETUJUAN INI DAN TERMA-TERMA PERKHIDMATAN
  • HAK MENUNTUT PELANGGAN APABILA BERLAKU PERCANGGAHAN HANYALAH DENGAN MENAMATKAN KONTRAK INI SERTA-MERTA MENGIKUT APA YANG TERKANDUNG DALAM BAHAGIAN 7 DI SINI.
  • 8.11 Keseluruhan Perjanjian. Perjanjian ini, dan apa-apa yang dipaparkan sebagai rujukan di sini, dikemukakan sebagai keseluruhan Persetujuan, dan menggantikan sebarang atau semua persetujuan sebelum ini dari pihak-pihak yang berkaitan berkenaan dengan transaksi yang dikemkakan di sini. Kedua-dua belah pihak tidak seharusnya terikat , dan setiap pihak secara khususnya tidak tertanggung dengan sebaran terma,syarata atau bahagian lain yang berbeza dari Persetujuan ini atau yang mana lebih disukai oleh pihak lain di dalam dokumen berkaitan atau dokumen yang lain, melainkan pihak yang terikat secara khususnya menyetujui bahaian tersebut di dalam bentuk bertulis.
  • 8.12 Tiada Pihak Yang Dianggap Pendraf. Di dalam keadaan di mana peruntukan di sini ditafsirkan oleh mahkamah atau ekuiti atau seorang penimbangtara, tiada peruntukan yang ditafsir lebih keras terhadap mana-mana pihak sebagai pendraf.

Soalan?
Sebarang soalan berkaitan persetujuan ini perlu dihantar ke admin@kedaionlinez.com sebelum mendaftar perkhidmatan