Privacy Policy

KedaiOnlinez telah merangka penyataan sulit ini bagi menunjukkan komitmen kami kepada setiap butiran sulit pelanggan kami dan pengguna laman web ini. Dasar sulit ini merangkumi cara/tindakan/praktis KedaiOnlinez dalam usaha menggunakan, mengurus dan mendedahkan maklumat yang diperoleh daripada pelanggan dan pengguna laman web ini.

Privasi

KedaiOnlinez memberi komitmen yang sepenuhnya dalam membentuk hubungan yang erat dan berkekalan berasaskan prinsip kepercayaan. Bagi mencapai matlamat ini, KedaiOnlinez akan berusaha sedaya upaya bagi memastikan hak-hak privasi anda dikekalkan dan dijaga dengan rapi. Laman web ini tidak sesuai bagi kanak-kanak berusia 13 tahun ke bawah.

Maklumat Yang Kami Kumpulkan

KedaiOnlinez berhak meminta atau mengumpulkan maklumat-maklumat peribadi daripada pengguna-pengguna atas talian (online) melalui pelbagai cara sama ada melalui borang online yang digunakan untuk tempahan produk atau servis, atau melalui cara-cara lain di mana pengguna boleh memberi maklumat/butiran diri mereka secara sukarela.

Makumat yang dikumpulkan berkaitan diri anda adalah seperti:

  • Nama
  • Alamat Emel
  • Alamat Pos
  • Nombor Telefon & Telefax
  • URL
  • Butiran Bank
  • Maklumat lain bagi tujuan caj & bil

KedaiOnlinez juga boleh mengumpul maklumat berkenaan cara bagaimana pengguna mengakses laman web tersebut dengan menggunakan tracking ID unik untuk setiap pengguna melalui cookies.

Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Tersebut

KedaiOnlinez berhak menggunakan maklumat peribadi pelanggan yang diperoleh bagi tujuan menghubungi pelanggan berkenaan produk dan servis yang ditawarkan oleh KedaiOnlinez, dengan syarat ia dipersetujui oleh pelanggan, melalui affiliate yang sah dan dipercayai, kontraktor bebas dan rakan perniagaan. Kami juga akan menggunakan maklumat tersebut untuk melakukan kajian berkenaan keberkesanan servis di laman web kami, pemasaran, pengiklanan dan jualan. KedaiOnlinez tidak akan sama sekali mendedahkan maklumat ini kepada pihak ketiga sama ada secara percuma atau berbayar, melainkan pelanggan sendiri yang memberi kebenaran untuk didedahkan kepada mana-mana pihak.

Pendedahan Maklumat

KedaiOnlinez boleh mendedahkan butiran dan data secara rawak berdasarkan maklumat yang dikumpul daripada pelanggan kepada pelabur atau rakan kongsi yang berpotensi. Dalam kes yang sedemikian, hanya data statistik sahaja yang didedahkan tanpa sebarang pendedahan butiran sulit pelanggan. Jika KedaiOnlinez dijual kepada pemilik baru, maklumat pelanggan yang dikumpul akan diserahkan kepada pemilik baru.

KedaiOnlinez juga dari masa ke semasa akan berhubung dengan pihak ketiga termasuk anak syarikat dan syarikat usaha sama bagi mengekalkan, menganalisis atau menyimpan dan memanipulasi butiran yang diperoleh KedaiOnlinez daripada pelanggan. Dalam hal yang sedemikian, pihak ketiga yang membekalkan perkhidmatan diminta untuk menggunakan segala maklumat dan butiran tersebut dengan cara yang sama digunakan oleh KedaiOnlinez dan mereka dilarang sama sekali untuk mendedahkan maklumat berkenaan kepada mana-mana pihak melainkan butiran-butiran yang tidak dinyatakan dalam Dasar Privasi ini.

Tawaran Istimewa & Terkini

Pelanggan dan pengguna akan menerima newsletter atau emel informasi tentang produk, servis dan tawaran istimewa dari kami. Bagi menghormati privasi pelanggan kami, KedaiOnlinez memberi mereka pilihan untuk tidak menerima sebarang bentuk komunikasi dari pihak kami.

Pengumuman Berkenaan Servis

Dalam keadaan tertentu, pihak kami merasakan perlu untuk membuat pengumuman/notis berkenaan servis kami. Sebagai contoh, ketika servis kami tidak beroperasi buat sementara waktu disebabkan proses membaik pulih laman web, kami akan memberitahu anda akan perkara ini. Secara umumnya, pelanggan tidak boleh memilih untuk tidak menerima jenis komunikasi sebegini walaupun sesudah akaun mereka dinyahaktifkan. Walau bagaimanapun, jenis komunikasi sebegini bukanlah bertujuan mempromosikan sebarang produk kami.

Penafian

Walaupun kami berusaha sedaya mungkin untuk menjaga privasi anda, dalam hal-hal tertentu bagi memenuhi tuntutan undang-undang, kami akan mendedahkan maklumat peribadi anda jika kami merasakan tindakan tersebut bertepatan dan diperlukan bagi memenuhi syarat semasa prosiding kehakiman, arahan mahkamah, sepina atau apa sahaja proses undang-undang yang dikenakan ke atas KedaiOnlinez.

Laman web KedaiOnlinez mengandungi pautan ke laman-laman web yang lain. Justeru itu, adalah perlu untuk anda ketahui bahawa KedaiOnlinez tidak akan bertanggungjawab di atas segala tindakan yang melibatkan privasi anda di laman-laman tersebut. Kami menasihati anda supaya membaca segala kenyataan berkenaan privasi di setiap laman web yang melakukan aktiviti mengumpul maklumat peribadi pengguna. Dasar privasi di KedaiOnlinez hanya sah bagi aktiviti mengumpul maklumat pengguna yang dilakukan KedaiOnlinez.

Penyelenggaraan Maklumat

Segala maklumat yang diberikan kepada KedaiOnlinez adalah selamat dan akan disimpan dalam satu atau lebih pangkalan data sama ada diurus oleh KedaiOnlinez secara langsung atau tidak. KedaiOnlinez mempraktikkan tahap keselamatan bertaraf industri bagi melindungi setiap butiran sulit pelanggan. Walaupun kami tidak menjanjikan bahawa kehilangan, penyalahgunaan atau pengubahsuaian maklumat tidak akan berlaku, namun kami akan mencuba sedaya upaya bagi mengelakkan kejadian-kejadian tersebut berlaku. Segala maklumat sensitif yang lain, seperti nombor kredit kad yang digunakan dalam transaksi jual beli, dikawal dan dilindungi sebelum ia diserahkan kepada KedaiOnlinez.

Tanggungjawab Anda

Sebagai pelanggan, anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan ID Pelanggan dan password anda. Pastikan butiran tersebut disimpan di tempat yang selamat dan jangan sesekali mendedahkan butiran tersebut kepada sesiapa. Perlu kami ingatkan anda supaya sentiasa log keluar selepas tamat sesi bagi memastikan bahawa butiran peribadi anda tidak boleh diakses oleh pihak tidak bertanggungjawab. Langkah berjaga-jaga ini perlu dipraktikkan bukan sahaja ketika anda menggunakan computer awam, seperti di perpustakaan atau kafe internet, malahan ketika anda menggunakan computer peribadi anda di rumah.

Soalan

Sebarang persoalan berkenaan Dasar Privasi kami, boleh diajukan menerusi emel kepada support@KedaiOnlinez.com . Bagi melaporkan sebarang penyalahgunaan, hantarkan emel kepada kami di support@KedaiOnlinez.com .