Bina dan urus kedai online anda dengan mudah dengan sistem Control Panel kami yang hebat!

CMS laman web dengan fungsi lengkap

Selain daripada sistem ecommerce kami yang hebat, sistem kami juga mengandungi semua ciri-ciri lengkap (full-featured) sistem pengurusan kandungan yang membolehkan anda mengurus kesemua struktur laman web, halaman kandungan dan reka bentuk. Bagi meningkatkan kredibiliti anda sebagai peniaga professional, fungsi ini membolehkan anda membina halaman “About Us”,”FAQ”, borang pertanyaan atau banner dengan mudah.

Kepelbagaian unit mata wang

Dengan fungsi penukaran mata wang yang sentiasa dikemaskini, anda bukan sahaja boleh menjual kepada pelanggan tempatan malahan produk anda boleh dijual ke seluruh pelusuk dunia.

Pemprosesan pesanan

Dengan sistem kami yang efisyen, peniaga dan pembeli akan dihantar emel notifikasi setelah pembeli membuat pesanan(order). Anda sebagai peniaga boleh menyusun atur, mencari dan melakukan semakan bagi setiap pesanan terus dari panel kawalan, sama ada pesanan telah dihantar atau masih ‘pending’ dan memproses kesemua pesanan tersebut dengan tepat

Pengurusan inventori

Inventori produk akan dikemaskini secara automatik setelah jualan terhasil. Anda boleh membuat semakan dan melihat keseluruhan inventori sama ada melalui produk atau tahap pilihan produk. Produk yang mempunyai stok rendah atau yang telah kehabisan stok akan dilabel dengan warna berlainan bagi memudahkan urusan semakan dibuat. Apabila produk telah kehabisan stok, proses penjualan produk tersebut akan terhenti secara automatik

Halaman sebelum

< MOBILE COMMERCE

Halaman seterusnya

S.E.O >