Tahniah kepada anda yang sudah ada laman web perniagaan anda. Tetapi timbul satu lagi masalah adalah

Kenapa orang tak membeli di laman web anda?

Masalah ini adalah masalah yang ‘biasa’ bagi mereka yang baru ada laman web. Berikut adalah sebab-sebab utama :

 

1. Tiada panduan pembelian

Antara sebab utama pelawat website tidak beli di website anda adalah, mereka tidak tahu bagaimana cara hendak membuat pembelian di website anda. Anda tidak sediakan untuk mereka. Anda tidak boleh anggap semua pelawat tahu, jadi langkah selamat anda kena sediakan panduan atau tutorial untuk mereka. So, dibawah ini antara tutorial yang dicadangkan

 

A) Tutorial bertulis berserta screenshort langkah demi langkah

 

B) Screen recording

Anda boleh rekod video cara pembelian di website anda di screen laptop/komputer anda menggunakan software yang boleh anda download disini

 

C) Tutorial beranimasi

Anda boleh rekod screen laptop/komputer anda dalam format GIF. Jika diatas ini dalam format video, tapi tutorial ini dalam format GIF. Anda boleh download software disini untuk menggunakan kaedah ini. Lihat contoh dibawah

 

2. Anda tidak beritahu kepada orang ramai

Ya, anda tidak beritahu kepada follower anda di FB, Insta, Twitter yang anda ada website, suruh mereka beli di website. Lebih malang lagi, ada yang tidak letak link website mereka di media sosial mereka sendiri, jadi, macam mana orang nak beli di website jika anda tidak beritahu kepada mereka

 

3. Berikan diskaun

Untuk menggalakkan lagi orang ramai membuat pembeli di website anda, anda offer diskaun kepada mereka. Tetapkan syarat, contoh diskaun 15% menggunakan kod XXXX hanya sah dengan pembelian di website sahaja. Biar mereka rasai pengalaman membeli di website, pada masa akan datang mereka mudah kembali ke website dan beli di website anda sahaja

 

4. Mudahkan proses pembelian

Sesetengah website, proses pembelian perlukan beberapa langkah, ini agak menyusahkan pembeli. Jika boleh, satu page terus boleh checkout, lihat gambar dibawah

Nota : Boleh dapatkan fungsi OnePageCheckout disini

 

So, itu antara sebab kenapa orang ramai tidak membeli di laman web anda. Pastikan anda konsisten memberitahu kepada follower anda supaya beli di website. Dan cuba gunakan cadangan kami di atas ini ya

 

Post A Comment

Tunggu sebentar!
DISKAUN 5%

Offer ini hanya sekali sahaja. Masukkan nama dan emel dibawah

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

%d bloggers like this: