Ramai orang selalu suka mengambil jalan mudah apabila ingin berniaga online. Sebagai contoh, menjual produk di media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan lain-lain. Ini adalah platform pilihan yang dipilih oleh kebanyakan penjual dalam talian kerana mereka sudah biasa dengannya

Tetapi, saya akan berkongsi dengan anda mengapa anda tidak perlu menggunakan media sosial sebagai platform utama untuk menjual produk anda dalam talian.

Ia adalah kerana ..


Tujuan media sosial bukan menjual

  • Media sosial tidak bertujuan untuk menjadi platform ‘menjual’ tetapi sebaliknya sebagai alat membina hubungan untuk produk atau jenama anda.


Pesanan kelam kabut dengan notifikasi yang lemah

  • Berkemungkinan besar anda boleh ketinggalan pesanan/item atau menghantar pesanan/item yang salah. Anda terpaksa melihat semula butir2 pelanggan tersebut, ini pasti membuatkan anda tertekan jika anda tidak merekod butiran pelanggan tersebut

Mencuri pelanggan

  • Pesaing boleh melihat dan “mencuri” pelanggan yang berpotensi dari anda. Pesaing juga boleh melihat siapa yang berminat dengan produk anda dan mereka boleh menghubungi pelanggan tersebut tanpa pengetahuan anda!

Banyak masa terbuang

  • Orang akan mesej dan pertanyaan mengenai produk anda. Untuk memastikan bahawa anda mendapatkan jualan, anda perlu melayan mereka semua. Ramai daripada mereka hanya ingin membuat perbandingan harga atau hanya sekadar ingin tahu, tetapi anda pula membuang masa melayan perbualan mereka.

Kaedah pembayaran yang tidak cekap

  • Media sosial mempunyai kekurangan fungsi pembayaran. Semua pembayaran perlu diperiksa secara manual oleh anda. Sekali lagi, anda perlu melalui mesej yang sebelumnya untuk mencari bukti pembayaran.

Tiada domain peribadi

  • Kita semua tahu ada sebilangan besar pelanggan yang berpotensi di platform media sosial, tetapi anda perlu cara yang lebih baik untuk mengembangkan perniagaan online anda. Iaitu dengan memiliki laman web yang professional dan boleh menjenamakan ‘brand’ anda

 

Jika anda belum mempunyai laman web shopping cart sendiri, sila pilih pakej shopping cart di sini

You May Also Like...

Post A Comment

%d bloggers like this: