Apa yang anda lakukan apabila pelanggan memasuki kedai anda, menambah item di cart mereka dan kemudian mereka meninggalkan web tanpa membeli apa-apa? Duduk dan berharap mereka kembali?

 

Kini anda boleh dapatkan semula pelanggan anda dengan menggunakan AbandonedCart!

 

AbandonedCart membolehkan anda menghantar e-mel automatik atau manual dengan pautan ke halaman pembelian semula dan / atau tawarkan mereka diskaun

 

Ketahui pelanggan anda

 

AbandonedCart menyediakan anda dengan semua alat yang diperlukan untuk memahami dan bertindak balas terhadap keperluan pelanggan anda. Panel kawalan di dalam extension ini memberi anda peluang untuk melihat senarai pesanan yang belum selesai. Di sini anda akan dibentangkan dengan maklumat yang berguna seperti apa yang dimahukan oleh pelanggan untuk membeli, halaman yang terakhir dikunjungi dan semua maklumat perhubungan yang relevan. Sebaik sahaja pelanggan memenuhi butiran pengebilan, yang termasuk e-mel mereka, AbandonedCart akan ‘tangkap’ maklumat ini.

 

Dengan maklumat yang diperolehi ini, anda hanya perlu menyediakan pelan tindakan dan cuba mendapatkan perhatian pelanggan pada produk anda.

 

Buat kempen e-mel yang sempurna

 

Menurut kajian yang dibuat oleh salecycle.com, emel yang dihantar semula kepada beberapa pelanggan yang tidak menghabiskan pembelian di laman web, hampir 30% kembali membuat pembelian semula!

 

Di dalam extension AbandonedCart ini, anda boleh klik pada tab “Mail Template” dan membolehkan anda menyempurnakan kempen emel mengikut keperluan perniagaan anda. Anda boleh memilih mengautomasikan proses menghantar emel peringatan kepada pelanggan anda. Anda boleh melakukannya secara berkala atau pada tarikh tertentu yang ditetapkan oleh anda

 

Untuk menetapkan diskaun adalah sangat mudah. Hanya pilih jenis diskaun yang anda ingin gunakan – jumlah tetap atau peratusan. Kemudian pilih jumlah diskaun dan produk yang akan didiskaunkan.

 

Membina mesej yang tepat kepada pelanggan anda juga terpulang kepada anda. Hanya gunakan borang emel yang disediakan dan anda bebas membina kandungan emel mengikut kreativiti anda

 

Gunakan maklumat yang dikumpulkan

Sama ada anda berjaya mendapatkan perhatian semua pelanggan kembali ke laman web anda atau hanya sebahagian daripadanya, anda menerima maklum balas yang berharga. Menganalisis maklumat ini bukan tugas yang mudah. Di sinilah AbandonedCart berguna sekali lagi. Dengan fungsi yang sedia ada dalam extension ini memberikan anda peluang untuk mengukur “faktor kejayaan” kempen anda dan menyesuaikan dengan sewajarnya.

 

Kesimpulannya

AbandonedCart adalah sangat mudah digunakan dan menjadi alat yang wajib ada pada laman web shopping cart anda. Ia akan memberi anda kemampuan untuk mereka bentuk, melaksanakan dan memantau idea-idea pemasaran anda, dan membantu anda mengubah pelanggan yang meninggalkan laman web anda kepada menjadi pembeli yang setia!

 

Fungsi AbandoneCarts ini tersedia di dalam pakej One Time Pro Premium disini atau boleh beli secara berasingan disini

Post A Comment

Tunggu sebentar!
DISKAUN 5%

Offer ini hanya sekali sahaja. Masukkan nama dan emel dibawah

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

%d bloggers like this: